Tuesday, December 8, 2009

selamat tingal kawan ku


Selamat tingal kawan baik aku. Ungkapan yang indah dan berat untuk menyatakan. Tapi setiap pertemuan pasti akan ada penghujung dan Di mana ada kebahagiaan disitu juga ada kesedihan. Kita selalu dengar sahabat yang baik tidak mudah untuk kita perolehi. Tapi pernahkah kita mendapat kawan yang bersusah payah untuk kita dan pernahkah kita menghagai jasa mereka.


Jika kita menghagai dari segi ungkapan thanks my friend ia tidak mencukupi. Kerana sesungunya mereka tidak mahukan itu semua. Mereka mahu kita mengingati mereka di dalam doa dan ingatan untuk selama-lamanya. Itulah kawan yang sebenar-benarnya perlu kita cari dalam kehidupan.

3perkara yang tidak aku boleh lupakan si dia

  1. Pertama kali aku jumpa si dia, aku terus paksa dia ajar aku math. Tapi si dia tetap ajar aku sedangkan dia tidak kenal aku.
  2. kedua aku tidak boleh lupakan sikap si dia yang selalu merendah diri walaupun dia lebih pandai dari aku.
  3. Aku tidak boleh lupa saat si dia balik dalam keadaan hujan. Meredah hujan kerana aku mengajak dia belajar di waktu petang.
Cukuplah 3 sahaja. Sedangkan banyak yang aku boleh menulis. Aku cuma harap si dia akan selamat sampai ke destinasi yang dia tuju.