Thursday, December 10, 2009

boikot streamyx

Siapa yang mengunakan STREAMYX
Sekarang ini mesti menghadapi masalah yang sama dengan saya
Download di rapidshare, mega upload sudah menjadi lembab
Siapa yang setuju sila angkat kaki.

Nak tahu kenapa ia menjadi bergini
Baca berita di bawah


Berhubung dengan perkara yang mana Streamyx mengehadkan penggunaan bandwith, kini, beberapa info mengatakan yang mana TM hanya mengenakan sekatan untuk Torrent sahaja. Dengan erti kata lain, pengguna perkongsian fail P2P sahaja yang dikenakan sekatan, dan HTTP dan FTP masih boleh diguna seperti biasa tanpa sebarang sekatan penggunaan.

Buat masa ini, para pengguna internet yang melayari laman web seperti biasa, atau menggunakan HTTP dan FTP sahaja tidak dikenakan sebarang sekatan penggunaan, dan masih boleh melayari internet seperti biasa tanpa sebarang had. Namun begitu, sekiranya anda merupakan pengguna tegar untuk P2P, anda dikenakan sekatan dengan penggunaan hanya sehingga 10GB sahaja sebulan.

Beberapa info turut mengatakan yang mana laman RapidShare dan juga MegaUpload turut terlibat dalam kawalan bandwith ini. Pada masa yang sama, beberapa kawasan di Lembah Kelang, kini mengalami gangguan internet, mungkin disebabkan kerja menaik-taraf Streamyx di sana.



Jom kita boikot streamys

2 comments:

maiyah said...

tak pakai pun.. tukar je lah dik.. kalo lmbat mmg tensen pe

generasi clan said...

emm mmg nak tukar... tapi pi wireless masih xsmpai lagi lah kat sini...